Permohonan Kemasukan Kanak-Kanak (Warganegara) Ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2012 Dan 2013 Sekolah Rendah Negeri Selangor

 

 SJK( C ) PUAY CHAI

 SS2/54,47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

 Tel: 03-78744363                                                           Kod Sek: BBC 8413

 

Tarikh : 28-2-2011

 

Kepada: Ibu bapa dan Penjaga yang berkenaan,

                                                          

Permohonan Kemasukan Kanak-Kanak (Warganegara) Ke Tahun Satu

Sesi Persekolahan 2012 Dan 2013 Sekolah Rendah Negeri Selangor

 

Menurut surat pekeliling KP ( BS/PSR ) 8502/03/013 (13) bertarikh 24 Disember 2002,

Permohonan Penempatan hanya dibuat seawal DUA tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolahan.

 

Kelahiran pada            :   02.01.2005 – 01.01.2006 ( Sesi Persekolahan 2012 )

                                        02.01.2006 – 01.01.2007 ( Sesi Persekolahan 2013 )

 

2.   Jadual permohonan penempatan adalah seperti berikut:

 

           Tempoh   :            01.03.2011 hingga 30.04.2011

                                         ( kecuali Hari Sabtu, Hari Ahad dan Hari Cuti Am )

     

           Masa        :   Hari Isnin hingga Hari Khamis:

                                 8.00 pagi      12.30 tengahari

                                 2.00 petang -    4.00 petang

                                

                                 Hari Jumaat:

                                8.00 pagi      – 12.00 tengahari

                                2.45 petang    4.00 petang

     

         Tempat   :       Bilik Agama ( Sebelah Kedai Buku ) - 01.03.2011 hingga 03.03.2011

      Pejabat Sekolah  - 04.03.2011 hingga 30.04.2011                         

 

3.   Dokumen yang perlu dibawa oleh ibubapa / penjaga adalah seperti berikut

 

       i.   Sijil lahir/Sijil Anak Angkat asal

       ii.  Bil Utiliti (Bil elektik/Bil air/Bil Telefon)

       iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga

   iv. Sepucuk sampul surat yang berukuran 9”x 4”(115cm x 245 cm) beralamat dengan setem 60 sen

       v.  Surat Nikah/Surat Cerai

   vi. Surat hak penjagaan/perintah mahkamah jika berkaitan

   vii.Laporan doctor/Kad OKU jika berkaitan

 

4.   Borang permohonan boleh diisi melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang

      (web) Jabatan Pelajaran Selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel/pptahun1/ terlebih dahulu . Ibu bapa

      perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama

      cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal dan salinan seperti tersebut

      dalam perkara ( 3 ).

 

 

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

_________________________

( CHIA KEI SONG )

GURU BESAR SJK(C) PUAY CHAI                          
Comments