Kawalan Keselamatan Sekolah

Kepada semua ibu bapa/ Penjaga

Demi keselamatan murid-murid, pihak sekolah memohon kerjasama daripada ibu bapa untuk menjamin keselamatan murid sekolah.

2.     Berkuatkuasa dari tarikh ini, pihak sekolah akan melaksanakan kawalan keselamatan berikut:

           2.1      Kemasukan Ibu Bapa Dalam Sekolah

·        Pada waktu persekolahan, tiada sesiapa boleh memasuki kawasan sekolah kecuali mendapat kebenaran daripada pengawal 

         keselamatan dengan mengisi borang pelawat dan memakai pas pelawat.

·        Setelah selesai urusan dengan pihak sekolah, sila dapatkan tandatangan daripada pihak yang berurusan dengannya.

·        Jika ingin membawa anak balik awal, ibu bapa dikehendaki mengisi ‘Kebenaran Pulang Rumah’ di bahagian  belakang borang 

         pelawat dan mendapat tandatangan guru dalam kelas. Selepas itu, murid berkenaan perlu dibawa bersama ibu bapa ke pejabat 

         untuk mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir setelah mengisi borang kuning ‘Kebenaran Pulang Rumah’.

·        Elakkan daripada membawa anak pulang awal dalam tempoh satu waktu  sebelum waktu tamat persekolahan.

·        Permohonan pas khas perlu dilampirkan dengan surat / laporan pengesahan doktor.

2.2       Menghantar Bekalan Makanan

·        Sesiapa yang ingin menghantar bekalan makanan sendiri diminta menulis nama dan kelas murid pada beg makanan dan 

         diletak di tempat meletak makanan di pintu depan atau pintu belakang sekolah.

·        Ibu bapa tidak dibenarkan untuk meneman anak makan dalam kantin atau kawasan sekolah.

2.3       Waktu Masuk Sekolah

·        Mengamalkan sikap kelakuan ketepatan masa demi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku akibat lewat.

·        Murid-murid harus diturunkan di bahu jalan yang selamat setelah tiba ke sekolah.

·        Barangan keperluan murid diletakkan di sisi agar dapat memendekkan masa turun dari kereta.

2.4       Waktu Tamat Persekolahan

·        Pada waktu tamat persekolahan , ibu bapa tidak dibenarkan untuk memasuki sekolah dan hanya menunggu anak di luar pintu.

·        Ibu bapa diminta untuk membawa pulang anak paling lewat dalam tempoh setengah jam selepas tamat persekolahan. Jangan 

         membiarkan anak berkeliaran selepas waktu tamat sekolah samada di dalam sekolah atau lepak di pusat membeli-belah yang 

         berhampiran.

2.5       Aktiviti  Kokurikulum Anjuran PIBG

·        Ibu bapa diminta tidak mendampingi anak yang mengikuti aktiviti tersebut yang dijalankan pada waktu sebelah pagi. Hanya 

         menunggu mereka di luar pagar sekolah.

2.6       Kes Kecemasan

·        Apabila menerima panggilan telefon aneh tentang anak, ibu bapa haruslah tenang dan membuat panggilan terus ke sekolah 

         untuk menentukan keadaan anak ketika itu.

 

Kawalan keselamatan yang dijalankan merupakan usaha sekolah untuk membentuk sekolah selamat. Oleh yang demikian, ibu bapa diminta untuk menyokong dan berkerjasama dalam usaha ini.

Sekian, terima kasih.

Comments