KELAS TAMBAHAN SEMASA CUTI SEKOLAH

Kepada: Ibubapa/Penjaga Murid Tahun Empat & Tahun Lima

MENGADAKAN KELAS TAMBAHAN SEMASA CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2012

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan kelas tambahan semasa cuti sekolah akhir tahun ini. Kelas tambahan ini bertujuan untuk menambahbaik tahap pembelajaran & memberi persediaan awal kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
 
Kelas tambahan ini akan diadakan selama 3 minggu bermula dari 12.11.2012 hingga 30.11.2012 kecuali hari Sabtu, hari Ahad , Hari Deepavali (13.11.2012) & Hari Awal Muharram ( 15.11.2012). Pelajar-pelajar Tahun 4 & Tahun 5 diminta menghadiri kelas tambahan ini.
 
Sumbangan sebanyak RM100 boleh dibuat melalui guru kelas masing-masing.
Sebarang cek sila tulis atas nama
PIBG SJK ( C )PUAY CHAI.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

KHOO CHEW WAH
Yang Di Pertua PIBG SJK( C ) Puay Chai
Comments