Home‎ > ‎

Kumpulan PLH(Parent Library Help)

1.     Pengenalan

 

Kumpulan PLH  (Parent Library Help) SJKC Puay Chai, PJ ditubuhkan pada Mei, 1998 oleh 14 orang ibubapa dengan tujuan membantu dalam penyelenggaraan perpustakaan sekolah.

Namun begitu, peranan PLH sudah berubah dan kini merangkumi sesi bercerita, membaca serta sesi permainan papan. Kebelakangan ini, peranan PLH juga termasuk  memperbaguskan keadaan di perpustakaan untuk mewujudkan satu persekitaran yang menggalakkan untuk murid sekolah.

Kini, PLH mempunyai 10 orang ahli yang bersukarela bekerjasama untuk merancang dan menjalankan akitiviti-aktiviti dengan menggunakan sumber daripada perpustakaan.

 

2.     Misi/Objektif

 

Untuk menyempurnakan dan memberi sokongan kepada keluarga dan sekolah dalam pemupukan tabiat membaca melalui pengenalan aktiviti yang seronok dan kreatif kepada murid sekolah. Aktiviti-aktiviti ini akan menyemai minat membaca sejak awal usia.

 

I.        APAKAH YANG KAMI MAKSUDKAN?

               

PLH yakin bahawa pembelajaran seharusnya menyeronokkan dan tabiat membaca harus dipupuk sejak dari kecil. Walaupun tabiat ini biasanya dapat dicapai di rumah, adalah penting bahawa perkembangan ini terus diberi penekanan di sekolah. Untuk mencapai hasrat ini, PLH cuba menarik perhatian murid, memberi dorongan dan memupuk minat membaca untuk penghayatan dan bukan sahaja untuk pembelajaran.

II.     BAGAIMANA KAMI MENCAPAI OBJEKTIF KAMI?

                       

PLH memahami bahawa tingkah laku seorang murid bergantung kepada pengalamannya. Oleh itu, kami yakin bahawa kami dapat menokok tambah nilai yang mempengaruhi sikap membaca dan menulis. Melalui peluang ini, kami berharap dapat mempertingkatkan

ü  Perkembangan kemahiran kognitif (bahasa, pendengaran, pemikiran, pembacaan, kebolehan menumpu perhatian dan kemahiran kreativiti)

ü  Penambahan pengetahuan (perkembangan minda melalui pembacaan)

ü  Pemupukan perkembangan sosial dan emosi (membina pertalian/empati)


 

 

AKTIVITI  UTAMA KAMI

·         Sesi bercerita (Tahun 1 & 2)

Pada masa kini, PLH mengadakan sesi bercerita bagi 19 buah kelas setiap minggu. Setiap sesi pertemuan adalah selama 30 minit dan PLH mengambil lebih kurang 20 minit untuk bercerita manakala masa selebihnya diberi kepada murid-murid untuk memilih dan meminjam buku dari perpustakaan.

Setiap ahli PLH mempunyai gaya unik mereka tersendiri semasa sesi bercerita dan ini memberi variasi. Sesi bercerita adalah menarik dan interaktif. Murid-murid dapat menyertai dalam sesi soal jawab, membuat lakonan bersama dan memainkan peranan berlainan dan  bukan sekadar belajar melalui buku teks.

Walaupun sesi ini cukup singkat dan programnya perlahan, ia cukup lucu, seronok, mengalakkan permikiran kritis serta bermatlamat untuk memenuhi keperluan dan kebolehan murid-murid berumur 7 dan 8 tahun. Ini diharap dapat mencapai keseimbangan dalam pembelajaran  dan keseronokan. Sebagai contoh, cerita-cerita yang dibaca berkaitan dengan nilai moral, bukan fiskyen (sains/alam haiwan), cerita dongeng & pengembaraan, teka-teki & pantun, isu semasa di dalam surat khabar dan lain-lain.

·         Pengenalan buku-buku cerita kepada murid-murid

 

Sesi bercerita ini bukan sahaja dapat mendorong sifat ingin tahu di kalangan murid, malah memberi peluang kepada murid-murid untuk mencari sendiri bahan-bahan bacaan yang  terdapat di dalam perpustakaan.

·         Sesi  Permainan Papan (Tahun 1-6)

 

Sesi Permainan Papan diadakan seminggu sekali pada hari Jumaat dari pukul 12 tengahari hingga 2 petang. Sesi ini mengalakkan interaksi di kalangan murid-murid dan meningkatkan kemahiran sosial serta pemikiran strategik selain menghiburkan hati.

Kami juga menyediakan suasana yang positif ( dengan iringan alunan musik lembut). Murid-murid dapat rehat seketika. Sesi ini juga membantu murid yang bertungkus lumus  dan mempunyai masa bermain yang sedikit. Tambahan pula, ia dapat mencabar minda para pelajar dalam cara yang kreatif serta dalam suasana yang rapat semangat persahabatan.

 

·         Aktiviti  memperbaguskan perpustakaan

 

Satu persekitaran yang menjadikan perpustakaan sebuah tempat yang seronok untuk dilawati  dan dinikmati. Oleh yang demikian, PLH telah mempertingkatkan mutu suasana perpustakaan melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:

 

ü  Pembinaan sudut sesi bercerita yang terdiri daripada sebuah model rumah (April 2011)

ü  Pembinaan sudut  sistem solar dan kesan pemanasan global ke atas bumi (April 2011). Ini juga menjadi platform untuk mempamerkan hasil kerja murid-murid.

ü  Mencantikkan/mengubah tanda/poster di dalam dan sekitar perpustakaan (April/Mei 2011)

ü  Menggantung langsir ala gaya 'kafe' dan mengalas meja-meja dengan kain meja untuk mewujudkan suasana yang lebih menenangkan (Mei 2011)

ü  Melukis/mengecat mural di pintu masuk perpustakaan berdasarkan tema (Jun 2011), contohnya “Memperkaya Hidup melalui Keyakinan dalam Pembacaan”

 

 

·         Lain-lain

           

Pada bulan Julai 2011, PLH bersama pihak sekolah telah menganjurkan Pertandingan 'Mencari Harta Karun' sempena bulan membaca. Aktiviti berbentuk kuiz ini menjadi satu kaedah pembelajaran yang inovatif di mana murid-murid dikehendaki untuk mengenali serta menghargai peranan yang dimainkan perpustakaan di alam persekolahan.

 

Penutup

PLH merupakan satu kumpulan yang berbakti, kreatif dan bermotivasi yang ahlinya bersusah payah  serta berganding bahu dengan pihak sekolah untuk mencapai misi kami. Semangat PLH diilham daripada hasrat dan keinginan hati sanubari kami untuk menyampaikan pengetahuan dan menghulu  bantuan kepada murid-murid supaya masa depan mereka cerah.

 

Turut menjadi harapan kami adalah:

 

agar mereka yang telah menyertai sesi membaca akan mempertingkatkan pembacaan mereka, dan terus memupuk tabiat minat membaca. Diharap mereka akan menerima manfaat daripada pengalaman pembelajaran yang gembira dalam hidup mereka.

 

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PLH dan cara penyertaan, sila hubungi Grace :-gycloh@yahoo.com
Comments