Home‎ > ‎

Pengumuman

Demi keselamatan  murid di sekolah, ibu bapa atau pelawat yang ingin memasuki sekolah diwajibkan untuk mendaftar di pondok keselamatan.  Ibu bapa yang ingin masuk kawasan sekolah pada hari Sabtu atau hari Ahad bersama anak ke kelas anjuran PIBG boleh memohon pas khas.


            Demi keselamatan dan meruangkan tempat makan di kantin ,ibu bapa dan penjaga dipohon tidak masuk ke sekolah atau meneman anak makan di kantin semasa waktu rehat atau waktu tamat sekolah. Bekas makanan yang dihantar haruslah dilabel nama dan kelas dan hanya dibenarkan letak di rak-rak bekas makanan yang berada di  pintu depan atau pintu belakang sekolah. Ibu bapa murid darjah satu dan dua yang datang pagi untuk kelas anjuran PIBG turut diminta tidak meneman anak makan di kantin sekolah.


            Ibu bapa dan penjaga harus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menyelesaikan masalah disiplin/pembelajaran murid. Ibu bapa atau penjaga yang menerima surat notis disiplin/ pembelajaran murid haruslah datang ke sekolah dengan kadar segera untuk berjumpa dengan  guru kelas.


Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


Comments