Sejarah Sekolah

              SJKC PUAY CHAI diasaskan pada tahun 1923 atas usaha Persatuan Teow Chew Selangor dalam menyediakan pakar-pakar berkaliber,sumber kewangan dan kebendaan. Sempena sambutan ulang tahun Persatuan BA YI ke-28, cendekiawan pada ketika itu telah mengemukakan idea untuk menubuhkan sebuah sekolah.Lantaran itu, wujudlah SJKC Puay Chai yang menumpang di Pusat Kegiatan Persatuan BA YI yang bertempat di KL.

             Sekolah ini mula berfungsi pada 22 Feb 1923 dengan murid seramai 30 lebih orang. Guru Besar merupakan En.Wong dan Lembaga Pengarah ditubuhkan.Pengarah yang pertama bernama En. Yeo. Tidak lama kemudian, kedua-dua orang ini telah pulang ke China. Maka Lembaga Pengarah pun melantik En Wong Pak Chong  sebagai pengganti Pengarah dan En Looi sebagai GB yang baru. Bilangan murid sekolah bertambah menjadi 60 lebih orang. Malangnya GB kedua ini En. Looi meninggal dunia pada tahun 1925 kerana sakit. GB yang pertama En. Wong pulang dari  China dan menjadi GB semula di sekolah ini.Pada tahun 1929, En Wong menceburi bidang perniagaan dan berhenti menjadi GB, beliau diganti oleh En Tan . Pada tahun 1930, sekolah ini dipindahkan ke Wisma Persatuan Teow Chew B

 
A YI di Jln Ampang.

             Pada tahun 1936, En Mak diupah menjadi GB sekolah. Pada ketika itu berlaku pergolahan politik “7hb Julai” di China yang menyebabkan ramai penghuni Teow Chew tertawan , terkorban atau tercedera.En Mak mengetuai rombongan membantu mangsa-mangsa di kampong halaman. Malangnya beliau turut meninggal dunia  akibat sakit. Maka En.Lim Can Tian dilatik menjadi GB. Pada tahun 1945, berlaku Perang Pasifik yang menyebabkan Malaya tertawan. Semua sekolah terpaksa diberhentikan.

Pada September 1945, Malaya bebas daripada  ancaman politik,pihak Lembaga Pengarah memutuskan untuk memulihkan  persekolahan dan melantik En Lim  sebelum itu untuk terus menjadi GB. Sekolah mula berfungsi semula pada tahun 10 Okt 1945.

Disebabkan oleh SJKC Puay Chai merupakan sekolah pertama yang berfungsi selepas peristiwa perang, maka ramai murid dari sekolah lain dating ke sekolah ini. Bilangan murid bertambah menjadi lima ratus  lebih orang yang mengikuti sesi pagi dan sesi petang disebabkan oleh  bilik darjah tidak mencukupi.

Pada tahun 1952, Persatuan  Teow Chew  membeli sebuah rumah bungalow di Lorong Xi Lan  yang kemudian diubahsuai menjadi bilik darjah baru. Namun ia masih tidak dapat mengatasi masalah tidak cukup bilik darjah memandangkan bilangan murid betambah ke 700 orang, maka masih ada segelintir murid yang belajar di tempat asal. Pada tahun 1955, pihak sekolah membina blok 2 tingkat, semua murid dikumpulkan di situ. Setelah GB En Lim bersara, En Mui menjadi GB baru. Pada tahun 1957, kerajaan Malaysia terbentuk. Sjkc puay chai berada di bawah kawalan kerajaan. Lembaga Pengarah mengalami rombakan dan hanya berkuasa  atas perkara yang berkaitan dengan operasi harian sekolah dan usaha memajukan sekolah .Mengikut akta pembentukan semula system pengendalian sekolah, mereka yang bertanggungjawab ke atas operasi sekolah terdiri daripada wakil kementerian pelajaran,wakil amanah sekolah, ibu bapa dan alumni yang kesemuanya 15 unit . Jawatan Pengarah ditukar menjadi Pengerusi. 

             Pada 16 Disember 2004, Guru Besar Tan Sook Ha ditukar ke S.J.K. (C) Yuk Chun dan tempat jawatan beliau diganti oleh Guru Besar Chong Swee Mee. Sebelum ini, Guru Besar Chong ialah penolong kanan dan pemangku guru besar S.J.K.(C) Puay Chai. Beliau adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan selalu melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab. Dengan kerjasama pelbagai pihak, Dewan Ong Ka Ting yang terletak pada blok keempat tingkat kelima telah dirasmikan oleh Dato Seri Ong Ka Ting dan mula digunakan pada tahun 2005. Setakat masa ini, semua kelas sekolah telah dibekalkan komputer, projektor dan penghawa dingin. Pada hujung tahun 2005, pihak sekolah juga menyediakan 3 buah mesin air minuman bagi mengurangkan beban bag murid-murid. 

Pada masa yang sama, D.U.N. Y.B. Lim Choon Kin memperuntukkan wang bagi pembinaan bumbung supaya murid-murid yang menaiki bas sekolah terlindung daripada cuaca buruk. Oleh sebab bilangan murid-murid semakin bertambah, pihak swasta telah memperluaskan kantin dan juga membina makmal komputer di atas kantin. Selain itu, pihak pengarah telah memberi tajaan kepada pihak sekolah untuk menambah bilangan tandas guru daripada dua unit kepada lapan unit serta membaharui tandas-tandas guru.

            Pada 18 Ogos 2006, D.U.N. Y.B. Lim Choon Kin merasmikan pembukaan kantin dan makmal komputer. PIBG dan ”Kumpulan Ibu Penyayang” telah mengadakan Hari Keluarga. Aktiviti ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dan mengutip dermaan sebanyak RM190,000. Pihak sekolah telah meningkatkan taraf tandas-tandas murid Blok A, B dan C dengan dermaan ini. Dinding tandas telah dilekatkan dengan jubin seramik yang dilukis oleh murid-murid. Pihak guru dan ”Kumpulan Ibu Penyayang” juga menanamkan sikap menjaga kebersihan di kalangan murid dengan bersungguh-sungguh. Usaha ini dapat menjaga taraf kebersihan dan mencapai objektif ”saya cinta sekolah”.

Pada tahun 2007, PIBG telah menjalankan aktiviti-aktiviti menghijaukan kawasan sekolah serta meningkatkan taraf gelanggang bola keranjang dan padang bola sepak. Selain daripada itu, sebelum Guru Besar Chong Swee Mee bersara, beliau telah mengadakan satu majlis malam kebudayaan. Majlis malam kebudayaan ini adalah untuk membekalkan peluang kepada murid-murid bagi menonjolkan bakat-bakat mereka dan mengutip dermaan bagi aktiviti sekolah.  

 

 Pada 21 November 2007, Guru Besar Chong Swee Mee bersara dengan bangga. Sementara itu, Guru Besar Chia Kei Song mengambil alih jawatan tersebut. Pada 3 Januari 2008 (Khamis), Dato Seri Hishamuddin, Menteri Pendidikan, diiringi oleh Datin Hamidah, Penyelia Pejabat Pendidikan Selangor dan Dato’ Ali Muddin, Pengarah Pendidikan, melawat sekolah kami. Beliau telah meluluskan permintaan sekolah kami untuk menambah kelengkapan dengan segera, iaitu: 100 buah computer, 50 buah meja keluli untuk kegunaan kantin, 100 buah kerusi keluli dan sebuah gelanggang bola keranjang yang berbumbung.

Pada akhir tahun 2008, Kementerian Pendidikan telah memperuntukan wang bagi membaharui bumbung kelas Blok A. Pada 25 Oktober 2009, sekolah kami telah mengadakan persembahan amal “Top Ten Singers Charity Concert” bagi mengutip dermaan bagi tujuan kos membina gelanggang bola keranjang serbaguna, meningkatkan taraf koridor berbumbung di hadapan pintu besar, dan pintu besar berbentuk lengkung.

 

Pada tahun 1961, bilangan murid bertambah kepada lebih kurang 800 orang, bilangan kelas adalah 20 termasuk sesi pagi dan petang. Pada tahun 1977,  bilangan murid berkurangan disebabkan kawasan sekeliling sekolah dibangunkan dan dijadikan sebagai tempat perniagaan, maka penduduk di sekitar sekolah terpaksa berpindah ke tempat lain. Dengan itu, Tan Sri Teo Su Cheng telah menubuhkan satu jawatankuasa pembinaan sekolah.

            Pada tahun 1980, pihak kerajaan telah meluluskan sebidang tanah seluas 3 ekar di SS2 dan peruntukan pembangunan sekolah sebanyak satu ratus ribu ringgit. Pada tahun 1983, bangunan sekolah be=aru mula beroperasi. Pada tahun itu, guru besar Encik Loh  telah ditukarkan ke sekolah ini. Bilangan murid pada masa itu adalah seramai 250 orang. Bilangan murid telah bertambah kepada 1000 orang pada tahun 1986, dan pada masa itu sekolah telah diiktiraf sebagai sekolah gred A. Pada tahun 1994, kutipan derma melalui “Top Ten” telah merealisasikan pembinaan bangunan pentadbiran 5 tingkat. Bulan Oktober pada tahun yang sama, guru beasr Encik Tan Shu Biao bersara dan jawatan tersebut dipegang oleh guru besar baru iaitu Encik Lau Eng Seng.

            En Lau bersara pada tahun 1996 dan dibantu oleh penolong kanan Puan Chong Swee Mee sehingga 16 Januari 1997. Sejurus selepas itu, Encik Yeo Lian Huat memegang jawatan sebagai guru besar. Setelah Encik Yeo memegang  jawatan guru besar, kawasan sekolah dibaik pulihkan secara berperingkat-peringkat.

            Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah dan kemudahan sedia ada tidak mencukupi. Pada 31 Oktober 1998, pihak sekolah telah mengadakan “Jamuan Besar” sempena Hari Ulang Tahun Sekolah Ke-75 bagi mengutip derma. Tujuan utamanya adalah untuk membina bangunan sekolah 5 tingkat.

            Pada 10 September 2001Encik Yo telah bersara dan pihak kementerian telah menghantar Puan Tan Sok Ha ke sekolah ini bagi memegang jawatan guru besar.

 


Comments